Tuesday, December 22, 2009
Telah Perginya 'Ukasyah....
Dalam jam 6.30 petang 14 disember 2009, ummi saya pulang ke rumah menangis teresak2...kemudian saya bertanya kat ummi dan ummi bagitau , ummi mendapat panggilan drpd kakak saya MAWADDAH bahawa 'UKASYAH (anak kpd kakak saya) telah dimasukkan ke hospital kerana susu telah memenuhi paru2 nya dan telah menyebabkan 'UKASYAH lemas , kejadian ini berlaku di pusat penjagaan bayi..dan doktor memberitahu bahawa keadaan 'UKASYAH berada dlm keadaan 50-50...alangkah terkejut nya saya..tdk sangka kejadian seperti ini berlaku dlm keluarga saya...saya terus berdoa kepada ALLAH agar ALLAH selamatkan 'UKASYAH...
Namun selepas Maghrib , 'UKASYAH , anak saudara ku , telah kembali ke RAHMATULLAH...kakak ku berada dlm kesedihan yg teramat sgt..namun sahabat2 kakak ku yg berada di KUANTAN menguruskan jenazah 'UKASYAH utk dibawa pulang ke KUALA LUMPUR...
Setelah tibanya di KUALA LUMPUR...suasana muram menyelubungi rumahku..jenazah 'UKASYAH berada dlm pelukan ABG IPAR ku MUHAMMAD HAFIZ...kemudian jenazah 'UKASYAH dibaringkan mengadap kiblat...dan sementara menunggu pengebumian esok harinya..kami sekeluarga tidak putus2 berdoa kpd ALLAH...mungkin ini ujian ALLAH kpd keluarga kami..tidak ada kehidupan yg terus2 menerus gembira...dan bukan lah kehidupan kalau tidak ada ujian....
Jam 11.30 pagi..15 disember 2009 , 'UKASYAH telah selamat dikebumikan....'UKASYAH yg saya SAYANGI selama ini telah pergi menghadap PENCIPTANYA..saya amat merindui 'UKASYAH namun apakan daya ini semua perancangan ALLAH...dan ALLAH lah sebaik2 PERANCANG...namun ANGAH (La Tahzan)..ANGAH dan ABG HAFIZ sesungguhnya 'UKASYAH menanti mu di SYURGA yg abadi.....AMIIN YA RABBAL 'ALAMIN...
Sunday, August 30, 2009
Kelahiran anak saudara!! (mujahid kecil)



si comel nie lahir pd 31.08.2009(baby MERDEKA drpd jahiliyyah!!)hehe....jam 6.o3 pagi!!...
setelah keluarnye si comel nie..saya tgh tidur...lepas tu ayah saye kejutkan saye yg kakak saye telah selamat bersalin!!...kami sekeluarga sume tidur kat hospital...gembira nye hati rase cam nk tercabut je jantung...haha
semoga Mujahid kecil nie dpt menjadi anak yg SOLEH dan MUSLEH!!..AMIIN
Tuesday, August 18, 2009
Seminit Bermuhasabah!!

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberirezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
-wallahua'lam-
Sunday, August 9, 2009
Adakah kita tahu!!!
Selepas saye melihat video terdetik di hati saya adakah umat islam akan terus diperlakukan sebegini??!..video ini adalah mengenai pembunuhan dua orang lelaki yg beragama islam!!
sebenarnya video nie menunjukkan pembunuhan umat islam di Uighur...nk cerita ckit psl wilayah Uighur nie..kalo korang nk tahu..UIGHUR nie bekas wilayah TURKEMINISTAN..namun wilayah ini dijajah oleh CHINA..penduduknya sebelum ini hampir kesemuanya umat islam..namun selepas dijajah oleh CHINA..etnik kaum HAN dihantar bagi menduduki wilayah tersebut..selepas etnik kaum Han mendudukinya...terdapat banyak berlaku penindasan terhadap umat Islam di sana..penindasan terhadap ekonomi , hak kemanusian dll..dan kerajaan China tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penindasan ini..sehinggalah baru2 ini didedahkan perbuatan SYAITAN2 ini...kalo korang sume nk tahu video nie banyak kat YOU TUBE dan kisah ini pernah keluar dlm TV3 BULETIN UTAMA..korang fikirlah adakah KITA akan terus biarkan SAUDARA2 kita terus diperlakukan sebegini rupa!!??...kepala SAUDARA KITA dipijak seolah2 SAUDARA kita ini adalah SAMPAH!!!..igt TANGGUNGJAWAB kita adalah sgt besar dlm usaha utk MEMBELA umat ISLAM!!
Thursday, July 30, 2009
UniQ
diorang tgh fikir camne nk capai kerusi yg fasi2 letakkan??!!
Saturday, July 25, 2009
Apa Buktinye Tuhan ade??

- Pemuda: Apakah tuan sendiri pernah Tuhan??
- Abu Hanifah: Maha Suci Tuhan saya. Dia tidak dapat dilihat menggunakan mata manusia.
- Pemuda: Apakah tuan pernah menyentuh, mencium, mendengar ataupun merasai kehadiran-Nya??
- Abu Hanifah: Tuhan tidak sama dgn apa2 pon..baik yg t'fikir mahupun yg t'bayang oleh manusia.
- Pemuda: Kalau tuan tdk pernah melihat, m'dengar & merasa kehadiran Tuhan, bagaimana dpt dibuktikan kewujudan-Nya?
- Abu Hanifah:Pernahkah saudara m'lihat akal saudara sendiri??!
- Pemuda: Tidak Pernah.
- Abu Hanifah: Pernahkah saudara m'nyentuh / merasai kehadiran akal saudara sendiri??
- Pemuda: Tidak pernah.
- Abu Hanifah: Adakah saudara waras??!
- Pemuda: Sudah tentu saya waras..
- Abu Hanifah: Jadi..saudara mempunyai akal atau tidak??
- Pemuda: Tentu ada.
- Abu Hanifah: Begitulah juga kewujudan Tuhan. Dia wujud, walaupun kita tidak dpt merasai kehadiran-Nya menggunakan pancaindera kita..!!
Tuesday, June 2, 2009
Teka-teki Imam Ghazali !!









